Kehidupan awal Genghis_Khan

Kelahiran

Sungai Onon, Mongolia pada musim luruh, tapak di mana Temujin dilahirkan dan membesar.

Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Temüjin, dan beberapa sumber yang memberikan seimbas ketika tempoh ini tidak sama pada kebanyakan fakta asas. Dia kemungkinannya dilahirkan sekitar 1162[2] di kawasan bergunung Burhan Haldun di Mongolia Hentiy Province berhampiran Sungai Onon dan Sungai Herlen. Dia merupakan anak sulung Yesükhei, ketua puak kecil Kiyad dan nöker (vassal) kepada Ong Khan dari puak Kerait [3], kemungkinannya keturunan keluarga tukang besi (lihat nama di bawah). Puak Yesükhei dikenali sebagai Borjigin (Боржигин), dan ibunya, Hoelun, adalah dari puak Olkhunut dari persekutuan Mongol. Mereka merupakan nomad seperti kesemua persekutuan asal Turki Asia Tengah dan Mongol.

Keluarga

Genghis berkait melalui ayahnya kepada Qabul Khan, Ambaghai dan Qutula Khan yang telah memimpin persatuan Mongol di bawah sokongan kepimpinan Dinasti Jin sehingga Jin menukar sokongan kepada puak Tatar pada 1161 dan memusnahkan Qutula Khan. Baga Genghis, Yesugei, khan bagi puak Borjigin, dan anak saudara kepada Ambaghai dan Qutula Khan, muncul sebagai pemimpin bagi puak pemerintah Mongol, tetapi kedudukan ini dicabar oleh pesaing puak Tayichi’ud, yang merupakan keturunan langsung dari Ambaghai. Apabila puak Tatar, kemudiannya menjadi terlalu kuat selepas 1161, puak Jin menukar sokongan mereka dari Tatar kepada Kerait.

Temüjin mempunyai tiga saudara lelaki, Imaad (atau Qasar), Khajiun, dan Temüge, dan seorang adik perempuan, Temülen (atau Temulin), termasuk juga dua saudara lelaki tiri, Bekhter dan Belgutei.

Maharani kepada Genghis Khan, dan juga merupakan isteri pertamanya Borte mempunyai empat orang anak lelaki, Jochi (11851226), Chagatai (?—1241), Ögedei (?—1241), dan Tolui (11901232). Genghis Khan turut mempunyai ramai anak dengan isteri-isterinya yang lain, tetapi mereka dikecualikan sebagai pengganti, dan rekod mengenai anak perempuannya tidak banyak. Bapa sebenar anak sulung Genghis Khan, Jochi, kekal kabur sehingga kini, dan merupakan titik pertikaian semasa hidupnya. Tidak lama selepas perkahwinan Borte kepada Temüjin, dia diculik oleh Merkit dan dilapurkan diserahkan kepada salah seorang dari mereka sebagai isteri. Walaupun dia diselamatkan, dia melahirkan Jochi sembilan bulan kemudian, mengaburkan isu bapa sebenarnya.

Kekaburan mengenai bapa sebenar Jochi telah disuarakan paling lantang oleh Chagatai yang kemungkinannya mahu menjadikan warisannya jelas [4]. Menurut Sejarah Rahsia Mongol, sejurus sebelum penjajahan Empayar Khwarezmid oleh Genghis Khan, Chagatai mengistiharkan di hadapan bapa dan saudaranya bahawa dia tidak akan menerima Jochi sebagai Khagan (contoh., pewaris Genghis Khan). Sebagai tindak balas kepada ketegangan ini[5] dan kemungkinannya di atas sebab yang lain, ia adalah Ögedei yang telah dilantik sebagai pewaris dan yang memerintah sebagai Khagan selepas kematian Genghis Khan. Jochi meninggal dunia pada 1226, sebelum kematian bapanya[6]. Genghis Khan sendiri tidak pernah mempertikaikan keturunan Jochi, mendakwa bahawa dia adalah anak sulongnya.

Zaman kanak-kanaknya

Berasaskan lagenda dan penulis kemudiannya, kehidupan awal Temüjin adalah sukar. Yesukhei menghantar Temüjin kepada keluarga bakal isterinya, ahli puak Onggirat, hanya ketika dia berusia sembilan tahun sebagai sebahagian aturan perkahwinan. Dia dikehendaki tinggal di sana untuk berkhidmat kepada Deisechen, ketua keluarga, sehingga dia mencapai usia perkahwinan di atur 12 tahun. Tidak lama selepas itu, bapanya diracun dalam perjalanan pulang oleh Tatars berjiran sebagai membalas kempen dan rompakannya keatas mereka. Ini memberi tuntutan Temüjin untuk menjadi sebagai ketua puak, walaupun puaknya enggan diketuai oleh hanya seorang budak dan tidak lama kemudian meninggalkan dia dan keluarganya.

Selama beberapa tahun berikutnya, Temüjin dan keluarganya tinggal dengan kehidupan nomad miskin, hidup terutamanya atas buah-buahan liar, marmot dan haiwan buruan kecil lain. Dalam satu kejadian, Temüjin membunuh saudara tirinya Bekhter kerana pertelingkahan mengenai perkongsian hasil pemburuan. Sungguhpun dimarahi dengan teruk oleh ibunya dia tidak pernah menyatakan perasaan kesalnya mengenai pembunuhan tersebut; peristiwa itu turut mengukuhkan kedudukannya sebagai ketua keluarga. Dalam satu lagi kejadian pada 1182, dia telah ditangkap dalam rompakan oleh bekas puaknya , Ta'yichiut, dan dijadikan tahanan. Ta'yichiut menghambakan Temüjin (dilapurkan dengan cangue), tetapi dia melepaskan diri dengan bantuan penculik yang bersimpati, bapa kepada Chilaun, bakal jeneral kepada Genghis Khan. Ibunya, Hoelun, mengajarnya banyak pelajaran mengenai pahit getir hidup dipersekitaran yang sukar dan suasana politik Mongol yang lebih getir, terutama mengenai perlunya kerjasama dengan yang lain, pelajaran yang akan membentuk pemahamannya pada tahun-tahun berikutnya. Jelme dan Bo'orchu, dua daripada bakal jeneral Genghis Khan, menyertainya sekitat masa ini. Bersama saudaranya, mereka membentuk tenaga manusia yang diperlukan bagi pengembangan awal dan diplomasi bagi Temüjin.

Temüjin mengahwini Börte dari puak Konkirat sekitar usia 16 tahun, setelah ditunangkan semasa kanak-kanak oleh keluarga mereka sabagai cara biasa bagi mengikat perikatan puak. Dia kemudiannya diculik dalam serangan oleh puak Merkit, dan Temüjin menyelamatkannya dengan bantuan rakannya dan bakal saingan, Jamuka, dan pelindungnya, Ong Khan dari puak Kerait. Dia kekal sebagai ratunya, walaupun dia menurut tradisi dengan mengambil beberapa isteri lain (morganatic wives). Anak sulung Börte, Jochi, dilahirkan sekitar sembilan bulan selepas dia dibebaskan daripada puak Merkit, mendorong kepada persoalan mengenai bapa anaknya.


Saingan utama Mongols sekitar c. 1100 merupakan puak Naimans di sebelah barat, Merkits di utara, Tanguts di selatan, Jin dan Tatars di timur. Menjelang 1190, Temüjin dan penasihatnya telah menggabungkan keseluruhan persekutuan Mongol. Sebagai penggalak bagi ketaatan penuh dan menurut kod peraturannya, kod Yassa, dia menjanjikan orang awam dan pejuang kekayaan dari hasil rampasan perang akan datang. Bagaimanapun, perkataan sebenar Yassa tidak diketahui kerana ia tidak pernah dijumpai.

Dari Temüjin kepada Genghis Khan

Temüjin memulakan pendakiannya yang perlahan kepada kekuasaan dengan menawarkan dirinya sebagai anak buah (vassal) kepada anda ayahnya (saudara sumpah setia atau saudara sedarah) Toghrul, yang merupakan Khan bagi Kerait dan lebih dikenali dengan gelaran yang diberikan olehe pemerintah China Ong Khan (atau "Wang Khan") yang dianugerahkan oleh Empayar Jin pada 1197. Hubungan ini mula diperkukuhkan apabila Borte ditawan oleh Merkits; ia kepada Toghrul yang Temüjin meminta pertolongan. Sebagai balasan, Toghrul menawarkan anak buahnya 20,000 daripada pejuang Keraitnya, dan mencadangkan dia turut membabitkan rakan kanak-kanaknya, Jamuka, yang dia sendiri menjadi khan bagi puaknya, Jajirats [7]. Sungguhpun kempen itu berjaya, dan berhasil merampas kembali Borte dan kekalahan puak Merkits sepenuhnya, ia turut menjadi permulaan bagi perpecahan antara rakan dari kecil, Temüjin and Jamuka.

Anak Toghrul, Senggum, menjadi cemburu dengan kuasa Temüjin yang semakin meluas dan dia dikatakan merancang untuk membunuh Temüjin. Toghrul, walaupun dikatakan diselamatkan beberapa kali oleh Temüjin, akhirnya menurut anaknya [8] dan mengambil sikap berdegil (obstinate) terhadap kerjasama dengan Temüjin. Temüjin mengetahui niat Senggum, akhirnya mengalahkannya dan penyokongnya. Salah satu retak yang berlaku antara Toghrul dan Temüjin adalah keengganan Toghrul untuk memberikan anaknya sebagai pasangan Jochi, anak sulong Temüjin, yang menunjukkan tidak hormat dalam kebudayaan Mongol. Tindakan ini kemungkinannya mendorong kepada perpecahan dan permulaan kepada perperangan antara kedua pihak.